Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

YouthPower merupakan inisiatif Pemerkasaan Anak Muda melalui Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2019-2020 dalam membentuk kepimpinan golongan belia masa hadapan. Bermula daripada inisiatif Rakan Muda yang merupakan terbitan Wawasan 2020, aspirasi Malaysia Baharu diteruskan dalam bentuk pelaksanaan Program Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia atau Malaysia Future Leaders School (MFLS). Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri dan melahirkan belia berwawasan. Justeru, kerajaan melalui KBS komited dalam merangka sebuah program secara holistik dengan menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor berimpak tinggi bagi menyerlahkan potensi anak muda.

Generasi muda merupakan kelompok terpenting dalam usaha kerajaan membangunkan modal insan sebagai pewaris kesinambungan dan kepimpinan negara. Dalam menjayakan agenda Pembangunan Belia, kerjasama yang amat padu diperlukan daripada semua pihak termasuk belia, ibu bapa, guru-guru dan juga masyarakat Malaysia amnya akan mendapat manfaat dan menjadi penggerak kepada integrasi sosial masyarakat. Semoga pelaksanaan program ini dapat memaksimakan potensi diri belia melalui pengiktirafan dalam komuniti dan ke peringkat global.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam membentuk satu modul kepimpinan masa hadapan yang turut melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rakan strategik, Kementerian Kesihatan Malaysia, Outward Bound Malaysia (OBM), Syarikat Korporat, Yayasan Pusat Belia Antarabangsa dan agensi lain yang turut terlibat.

Akhir kata, saya berharap dan sentiasa mendoakan segala usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.


Sekian, terima kasih.