Bagi peserta yang berjaya menamatkan program selama 10 hari di peringkat Tier 2, akan memperoleh sijil MFLS yang bertaraf antarabangsa. Manakala peserta yang terpilih mengikuti MFLS ke peringkat Tier 3, akan diberi peluang mengikuti program yang berbentuk latihan dan internship dalam dan luar negara. Di samping berpeluang menjalani in-house training dan attachment di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan syarikat swasta. Selain itu, peserta juga turut ditawarkan mengikuti program mentor-mentee bersama tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti YAB Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan ahli-ahli korporat.